MESEJ DARIPADA KAMI

Ketika saya membina laman sesawang ini, secara tidak langsung saya telah mendapat pengelaman baharu yang saya tidak akan lupakan. Terima kasih kepada guru-guru yang telah membantu kami sepanjang tempoh pembuatan laman sesawang ini.

Alice

Saya berbangga hati kerana berpeluang untuk menghasilkan laman sesawang sekolah saya. Dengan dorongan guru penasihat dan bantuan daripada guru yang berpengalaman, kami mampu menyediakan segala maklumat tentang SMK KAPIT NO.2.

Cyril

Apakan daya, sungguh berat kekangan kami apabila membuat laman sesawang ini. Nasib baiklah dengan pertolongan daripada semua rakan dan guru, kami mampu harungi segalanya dan berjaya menghasilkan laman sesawang sekolah saya. Terima kasih semua!

Wells

“Kami bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan penting untuk seluruh pelayar. Dengan penuh tekad, kami harap semua pelayar akan terpegun dan berterima kasih atas hasil kumpulan maklumat kami”

-Alice

“Bersama, kami sedia seluruhnya kepada yang ingin tahu. Bersama, kami akan membantu anda.”

-Cyril

“Kami sedia berkhidmat untuk menyediakan bahan maklumat kepada semua. Sama ada sebagai kerja amali atau suka-suka, anda semua boleh bergantung kepada kami.”

-Wells