INFO TAMBAHAN

Rumah Sukan SMK KAPIT NO.2

KIRITO

  • “KIRITO” ialah seseorang yang mempunyai ciri khas yang pantang menyerah kalah dan seorang yang berjiwa pemimpin. 
  • Sikap pantang menyerah dan berjiwa pemimpin mampu membantu meningkatkan semangat kesukanan dalam diri setiap ahli rumah sukan “KIRITO” untuk memenangi setiap pertandingan. 
  • Pemilihan Singa sebagai Logo adalah simbolik kepada sikap semulajadi seekor singa yang digelar sebagai Raja Rimba yang pantang menyerah kalah

KAGURA

  • “KAGURA” merupakan karakter animasi yang memiliki kekuatan yang hebat dan tiada tandingan.
  • Kekuatan yang terdapat pada nama “ KAGURA” jelas mengambarkan kekuatan dan kehebatan pasukan untuk memenangi setiap pertandingan yang disertai
  • Pemilihan Ikan Jerung sebagai logo rumah sukan “KAGURA” kerana jerung merupakan pemangsa laut yang digeruni dan memiliki kekuatan dan kehebatan.

JAGER

  • “JAGER” di dalam bahasa Jepun membawa maksud pemburu yang tangkas atau berjuang mendapatkan sesuatu. 
  • Pemilihan Nama “JAGER” adalah kerana kita pasti akan melihat semua ahli rumah sukan “JAGER” berjuang bersungguh-sungguh untuk memburu kejuaraan.
  • Pemilihan Jaguar sebagai logo rumah sukan “JAGER” kerana Jaguar mempuyai sifat pemburu yang tangkas dan tidak pernah mengalah selagi belum menundukan mangsa.

BLEACH

  • “BLEACH” adalah sebuah watak animasi yang menggambarkan seorang perjuang yang berani dan pintar.
  • Sikap berani dan semangat juang yang tinggi bakal ditonjolkan oleh semua ahli rumah sukan “BLEACH” untuk menjuarai pertandingan yang akan disertai.
  • Penggunaan Burung Helang sebagai Logo adalah simbolik kepada kelicikan dan keberanian seekor helang mengesan dan menangkap pemangsa.