PROFIL SEKOLAH

Logo SMK KAPIT NO.2

LOGO SEKOLAH

Berikut merupakan ciri-ciri setiap elemen di dalam logo SMK KAPIT NO.2:

  • Kuning melambangkan kesetiaan. SMK KAPIT NO.2 mementingkan kesetiaan terhadap semua orang tidak kira status atau umur.
  • Biru melambangkan perpaduan. SMK KAPIT NO.2 sentiasa menerapkan perpaduan dalam diri.
  • Merah melambangkan semangat untuk maju. SMK KAPIT NO.2 berkata ‘TIDAK’ kepada hati yang mudah putus asa kerana mereka sentiasa bersedia untuk maju tidak kira apa-apa halangan.
  • Putih melambangkan kesucian. SMK KAPIT NO.2 menetapkan matlamat untuk sentiasa hormati semua orang.
  • Obor dan 12 jalur cahaya melambangkan golongan pendidik dan murid yang sentiasa berusaha mencurahkan dan menimba ilmu dengan mengaplikasikan tonggak 12.
  • Buku melambangkan gedung ilmu bagi murid-murid untuk mencapai keintelektualan dan visi.
  • Topi siswazah dan skrol melambangkan cita-cita murni harus dicapai oleh para murid dan pendidik ke arah kecermelangan hidup.
  • Bentuk figura melambangkan usaha untuk melahirkan generasi yang sempurna dari aspek JERIS.